Friday, March 9, 2012

Lisa Yang Comel Dan Yusry Yang Hensem


NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
NAMA KOMERSIAL: Lisa Surihani
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Undang-Undang, Kolej Universiti Help
PROFESION: Model, pengacara, pelakon
FILEM: Goodbye Boys dan I'm Not Single
DRAMA TV/TELEMOVIE: Ayah Kami (RTM)
IKLAN: Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Ayam Goreng McDonald's, Cadbury, Ayamas, Double Decker, Hotlink, V-Soy, Rexona, Clearasil, Maxis HOS: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM), Expresi



 





































Percayalah Janji Allah -- Rezeki Itu Ada

Bismillahirrahmanirrahim.



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.



Sahabat yang dirahmati Allah,



Setiap kali kita menghadapi makanan dan minuman, kita berdoa kepada Allah agar di berikan barakah dari rezeki yang akan kita santapi. Setiap kanak-kanak muslim juga di didik sejak dari tadika lagi untuk berdoa sebelum makan. Barakah dari rezeki itulah yang kita hajatkan.



Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan akidah seorang muslim, Allah S.W.T. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah S.W.T. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.



Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.



Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).



Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.



Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?



Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.



Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?



Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.



Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.



Sahabat yang dimuliakan,



Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.



Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.



Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :



“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”



(Surah At-Talaq ayat 2-3)



Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah S.W.T. Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.



Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T, malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.



Allah S.W.T. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah S.W.T. Bukan setakat ini saja, malahan Allah S.W.T.akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.



Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri, “Kenapa rezekiku sempit? Buat berbagai usaha tetapi masih gagal mencapai matlamatnya?Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?”



Perlu di ingat bahawa Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah S.W.T. dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya diatas kesabarannya. Oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah S.W.T. berdoa dan terus berdoa jangan putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah S.W.T.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.”



(Hadis RiwayatAl-Bukhari)



Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”



(Hadis Riwayat Muslim)



Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.



Sahabat yang dikasihi,



Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :



“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”



Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.



Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.



Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.



Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.

PJJ -Perkahwinan Jarak Jauh.

Cinta jarak jauh sudah biasa kita dengarkan. Hubungan jarak jauh pernah dengar tak?. Hubungan jarak jauh ni biasanya berlaku disebabkan suami kerja di tempat lain dan isteri pula kerja di tempat lain.



Tak tinggal sebumbung lah katakan. Antara yang pernah didengari biasanya kalau si lelaki tu tinggal jauh dia akan mencari yang lain. Anda rasa betul atau tidak? Disini terdapat tips-tips untuk mengeratkan hubungan jarak jauh.







Telefon..



Kalau si isteri dah tau lelaki tu kerja jauh janganlah kedekut kredit nak buat panggilan. Selalulah telefon kepada si suami dan bertanyakan keadaanya..



Sms..



Sms juga merupakan perkara penting juga. Bukan meminta anda sms setiap masa pun. Tetapi rasanya cukuplah sekadar dua kali sehari iaitu semasa si dia baru bangun dari tidur dan sebelum si dia tidur.



Internet..



Di zaman yang canggih ini macam-macam cara anda boleh berhubung. Jika si dia mempunyai masa lapang anda bolehlah berhubung melalui webcam seperti dengan menggunakan skype.



Rumah..



Pulanglah kerumah yang anda tinggal bersama apabila mendapat cuti. Paling tidak pun dua minggu sekali boleh lah pulang kerumah. Ianya dapat mengeratkan perhubungan anda.



Jujur..



Anda perlulah berlaku jujur dengan pasangan anda. Allah sentiasa melihat makhluknya melakukan segala sesuatu. Ingat jangan buat sesuka hati.



Kepercayaan..



Anda haruslah percaya kepada si dia tetapi janganlah pula anda percaya sehingga tidak cuba untuk berhubung dengan si dia sekerap mungkin.



Macam Mana Nak Bajet Kahwin ?

Bajet bajet bajet! Ke mana saja anda pergi, bajetlah yang akan menjadi sempadan perbelanjaan untuk persiapan perkawinan anda. Walaubagaimanapun, anda tak perlu risau. Ia boleh meningkatkan lagi daya kreativiti anda untuk mengimplimentasikan elemen-elemen lain yang sama dengan fantasi perkahwinan anda. Oleh itu, untuk mendapat kesepakatan dalam segala pengaturan, bajet perkahwinan mesti ditetapkan dulu berdasarkan panduan di bawah;



Bincang selalu

Anda dan bakal pasangan anda perlulah selalu berbincang tentang bajet-bajet yang akan dikeluarkan untuk persiapan majlis perkahwinan anda berdua. Dengan melakukan perbincangan yang kerap, segala masalah boleh diselesaikan dengan cepat supaya penangguhan boleh dielakkan. Pada tahap ini, anda dan tunang anda sepatutnya tulus dan jujur dalam segala urusan sebab majlis inilah permulaan anda berdua untuk membina istana cinta abadi.



Kedua Ibu Bapa

Walaupun anda anak perempuan ataupun anak lelaki, anda tak sepatutnya mengharapkan dana daripada kedua orang tua anda untuk majlis perkahwinan anda. Ajak mereka berbincang dan tanyakan tentang urusan-urusan yang perlu diselesaikan bersama. Jika mereka berhasrat untuk menaja beberapa bajet untuk majlis anda, bersyukurlah dengan pemberian mereka.



Banyak bertanya

Untuk persiapan perkahwinan anda, tentunya anda perlu berurusan dengan banyak pihak seperti katering, butik pengantin, jurugambar, penghibur, pendekorasi majlis anda, dan lain-lain lagi. Ajukan sebanyak mungkin soalan yang anda ingin ketahui daripada mereka. Yang paling penting, anda perlulah meneliti setiap perkara-perkara yang akan dilakukan dan harga yang patut anda bayar. Minta contoh gambar-gambar atau sampel-sampel yang siap seperti yang anda mahukan. Tentunya anda tidak mahu bayar apa yang anda tidak mahu.



Jangan nak berlagak

Ya. Saya pasti ramai bakal pengantin yang sedikit sebanyak mempunyai perasaan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri. Lakukan saja apa yang anda mampu. Tidak elok untuk menunjuk-nunjuk yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Salah satu cara untuk mengadakan majlis yang lebih gah lagi, tangguhkan saja majlis anda untuk mengumpul lebih banyak duit. Jangan sesekali melakukan pinjaman daripada mana-mana pihak kerana majlis yang menggunakan duit hutang adalah bukan cara yang terbaik. Walaubagaimanapun, berjimat-cermat adalah cara yang paling baik dalam segala urusan anda.



Catatan

Pastikanan anda catatkan segala perbelanjaan majlis di dalam satu buku khas supaya anda boleh mengawasi setiap perbelanjaan majlis anda. Segala perbelanjaan anda seperti pengangkutan anda untuk membuat survey ataupun tempahan, ataupun perbelanjaan kecil seperti gunting, pemadam atau pensil sekalipun, catatkan saja di buku tersebut. Ia boleh membantu anda dalam pengurusan bajet anda dan membantu anda untuk tidak terbelanja lebih.





Tuesday, March 6, 2012

Jika kamu

Jika kamu memancing ikan, ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hiudp.




Begitulah juga..



Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang;

Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu jaga hatinya;

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begittu saja.

Kerana— dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.



Jika kamu menadah air, biarlah berpada— janganlah terlalu berharap pada takungannya dan janganlah mengganggapnya ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semual – akhirnya dibuang.



Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengguminya dan janganlah kamu menganggap begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya, jika kamu memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu; mengenyangkan; berkhasiat— mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU; MENGASIHIMU; mengapa kamu berlengah cuba MEMBANDINGKANNYA dengan orang lain.



Terlalu mengejar kesempurnaan.—kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga akan MENYESAL.



Best Regards,
Mira R.
cikmirarahim@gmail.com